Jalan Salib
Jalan Salib

Jalan Salib

Jalan Salib, (latin: Via Crucis), merujuk kepada satu siri imej yang menggambarkan Yesus Kristus pada hari penyaliban dan doa dalam memperingati kesengsaraan Yesus. Stesen-stesen itu berkembang daripada tiruan Via Dolorosa di Jerusalem, yang merupakan laluan perarakan tradisional yang melambangkan laluan sebenar yang dilalui Yesus ke Gunung Kalvari. Objektif stesen-stesen ini adalah untuk membantu umat Kristian membuat ziarah rohani melalui renungan Sengsara Kristus. Ia telah menjadi salah satu ibadat yang paling popular dan stesen-stesen itu boleh didapati di banyak gereja Kristian Barat, termasuk yang terdapat dalam Katolik Roman,[1] Lutheran,[2][3] Anglican,[4] dan tradisi Methodist.[5][6]Lazimnya, terdapat 14 imej akan disusun dalam susunan bernombor di sepanjang laluan, di mana penyembah—secara individu atau dalam perarakan—bergerak mengikut urutan, berhenti di setiap stesen untuk berdoa dan terlibat dalam renungan yang berkaitan dengan stesen itu. Ibadah ini adalah yang paling biasa semasa musim Prapaskah, dalam setiap hari Jumaat, dan terutamanya pada hari Jumaat Agung, yang mencerminkan semangat penebusan terhadap penderitaan dan penghinaan yang ditanggung oleh Yesus semasa penderitaannya.[7][8][9] Sebagai pengabdian fizikal yang melibatkan berdiri, berlutut dan renungan, Jalan Salib diikat dengan tema Kristian iaitu pertobatan dan kematian kedagingan.[10][11]Kadang orang beriman akan mengunakan Jalan Salib tanpa ada imej, seperti ketika paus mengetuai stesen salib di sekitar Colosseum di Rom pada hari Jumaat Agung.[12]

Rujukan

WikiPedia: Jalan Salib http://events.frommers.com/sisp/index.htm?fx=event... http://www.holytrinitychicago.org/worship/stations http://st-michaels-episcopal.org/episcopalian-beli... http://www.trinityevansville.org/stations-of-the-c... http://www.usccb.org/prayer-and-worship/prayers-an... //www.worldcat.org/oclc/843213 http://www.pcf.va/holy_father/john_paul_ii/speeche... http://www.vatican.va/news_services/liturgy/2011/v... https://www.britannica.com/topic/Stations-of-the-C... https://books.google.com/books?id=Cqc7GWe7uuoC&pg=...